Syarat-syarat Penerimaan Tawaran Umrah
Dari Maghfirah Travel and Tours
Syarat-Syarat Penerimaan Tawaran Umrah
Pelanggan perlu menghubungi Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd untuk memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
Semasa berdaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki (Quad / Triple / Double). Sekiranya menempah bilik berempat (Quad), pelanggan mesti mendatangkan empat orang atau menunggu pelanggan lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tidak ada, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada.
Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit seperti berikut:
RM1,000 seorang termasuk bayaran visa. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan tiket.
Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai / perbankan atas talian / cek / draf bank di atas nama Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd melalui nombor akaun MAYBANK ISLAMIC: 5628 3462 9175 dan CIMB BANK: 8601 8868 30. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu diserahkan kepada pihak syarikat.
Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan visa dari kerajaan Arab Saudi.
Aturcara perjalanan dan lawatan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP semasa oleh kerajaan Arab Saudi.
Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar yang menyokong aplikasi Nusuk. Kedua-dua aplikasi ini wajib dimuat turun oleh pelanggan untuk digunapakai di Arab Saudi.
Setelah pengesahan umrah dibuat, sebarang perubahan kepada tempahan yang dipohon oleh pelanggan akan dikenakan caj pindaan RM300 seorang bagi setiap pindaan serta kos-kos yang terlibat kerana pindaan. Tiada perubahan yang boleh dibuat dalam masa 15 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.
Pihak Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung kerugian bagi apa-apa perbelanjaan atau bayaran balik pakej umrah sekiranya pelanggan tidak dibenarkan keluar dan masuk negara oleh pihak Imigresen kerana melanggari undang-undang Malaysia atau Arab Saudi.
Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat sekiranya pelanggan tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan yang termasuk dalam pakej atas sebab peribadi.
Pelanggan yang memanjangkan tempoh tinggal di Arab Saudi untuk aktiviti / perjalanan peribadi mesti mendapatkan kebenaran dari pihak Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd terlebih dahulu.
Harga yang ditunjukkan adalah harga pada masa penerbitan. Harga tertakluk kepada perubahan yang disebabkan oleh kenaikan pada kos penerbangan, kos pengangkutan , kos hotel, kadar pertukaran matawang asing, cukai kerajaan Arab Saudi dan Malaysia. Pihak Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd berhak menaikkan harga pakej berdasarkan kenaikan harga kos semasa melalui notis makluman.
Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi semasa keadaan di Arab Saudi yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadual program, pengiraan alternatif kos tambahan akan dilaksanakan dan Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kos tersebut.
Pihak Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menarik balik sebarang tempahan dan jadual perjalanan, atau enggan menerima seseorang menjadi pelanggan sekiranya dia didapati membahayakan keselamatan atau kesihatan, atau dia mengganggu keselesaan dan keseronokan pelanggan lain dalam kumpulan tersebut.
Pihak pengurusan Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Terma dan syarat pilihan tambahan adalah sama seperti di dalam booklet pakej Maghfirah.
Bagi pelanggan yang mengambil pilihan tambahan, perlu membuat bayaran penuh nilai tersebut ketika berdaftar.