menarik diri/pembatalan
Dari Maghfirah Travel and Tours
Menarik Diri / Pembatalan
Pembatalan Oleh Pelanggan
Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.
Permohonan pembatalan perlu dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Pengarah Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd bagi mengelakkan salah faham.
Pembatalan yang melebihi tempoh 45 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj RM300 seorang atau 15% dari harga pakej mengikut mana yang lebih tinggi.
Pembatalan dalam tempoh 36 – 44 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 35% dari harga pakej.
Pembatalan dalam tempoh 16 – 35 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 50% dari harga pakej.
Pembatalan dalam tempoh 8 – 15 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 75% dari harga pakej.
Pembatalan dalam tempoh 7 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 100% dari harga pakej.
Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd.
Pembatalan Disebabkan Faktor Luar Kawalan Syarikat
Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd berhak membatalkan tempahan pakej umrah jika berlaku keadaan luar jangka dan memaksa seperti pandemik, bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.
Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd akan mengesyorkan tarikh alternatif yang sama nilai dengan pakej umrah yang ditempah oleh pelanggan.
Sekiranya pelanggan tidak menerima tawaran alternatif yang diberikan, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kembali selepas ditolak caj berikut:
Caj RM300 atau 15% seorang dari harga pakej (mengikut mana yang lebih tinggi) serta termasuk;
Apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikat penerbangan atau;
Sebarang bayaran yang telah dibayar oleh Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga.
Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd.
Pembatalan Oleh Syarikat
Sekiranya keadaan memerlukan Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd membatalkan perjalanan pakej umrah disebabkan kekurangan pelanggan atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, semua wang yang telah dibayar oleh pelanggan akan dipulangkan.
Pembatalan dalam tempoh 8 – 4 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM150 seorang.
Pembatalan dalam tempoh 1 – 7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM225 seorang.
Pembatalan pada hari penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM300 seorang.